Quantcast
Channel: Blog Nurulchumel
Viewing all 142 articles
Browse latest View live

Review Tunang | Make up

$
0
0
Salam.

Oke. Mari kita sambung cerita. Entry kali ni pasal make up. Actually I plan masa I tunang, I nak make up sendiri. Malas nak bazir bazir untuk benda yang berapa jam ni je kan. So I pun takde la excited sangat pada mulanya.

Tapi, bila tengok pakej pakej tunang yang bridal bridal make up tu kan, I tengok cantik la pulak tengok muka kena solek kan. Nak jugak la ubah sikit muka I ni bagi different sikit. So I pun search la macam macam bridal. I dah friend lama dah dekat FB Bridal Twin Unly ni. Tapi bila I contact diorang kata tak cover area Batu Pahat sebab jauh sangat. Diorang dekat Kluang. So diorang recommend seorang Freelance MUA ni. Nama dia Nita. 

So far, I tengok make up dia boleh tahan la. I contact dia. Harga pun under budget. So I terus confirmed dengan dia date amende semua, bank in deposit, dan semua nya settle!

On that day, dia datang very punctual. Make up tu amek masa sejam lebih jek. Sebab dia kata muka I takde la teruk mana nak cover jerawat and pori muka kan. Hihi. Dan I berpuas hati dengan hasil kerja beliau. Anyone area Batu Pahat yang nak try hasil kerja MUA I ni, boleh la contact Nita ni ye. Add je dia dekat FB. Klik SINI untuk add NITA!




It was my first time make up tebal cenggitu dan first time jugak I pakai fake eyelashes. Omaigodd. Mula mula elok je bulu mata tu kat mata I. Tapi bila dah lama lama, mula la nak tercabut. Takpe. Pengalaman. Lain sangat kan muka I? Meh tengok before and after meh!

Beza. Memang berbeza!

Apa pun, on that day, encik tunang kata I santek. Maybe dia tak pernah tengok muka I make up tebal camtu kot. Hihi. 


Nanti kan, masa nikah dengan resepsi I nak try make up lagi over. Kihkihkih. Dah gian lettew! Mana tak nya, asek beli barang make up jek. Tapi jarang sangat nak make up. Abis tu, nak make up over over sangat tu nak pergi mana? Kuikuikui! >.<"

Photobucket

Review Tunang | Mini Pelamin

$
0
0
Salam.

Oke. Mari kita sambung review pasal tunang hari tu. Actually idea asalnya, I malas nak ber pelamin bagai. Sebab malas la nak lowat lowat sarung cincin depan orang ramai. I kan pemalu orang nya. Uhuk! Ulang suara, PEMALU oke!

Tapi memandangkan masa majlis pertunangan adik I yang lepas, kitorang buat photo booth yang dah ala ala pelamin jugak tu, so I pun decided nak DIY je pelamin tu. Mula mula ingatkan nak sewa dekat bridal, tapi memandangkan bajet pun tah ke mana mana, so DIY je jalan yang terbaik.

Barang barang banyak pinjam dengan makcik kitorang. Dia banyak kain sebab dia bekas mak andam. So banyak la kain yang dah tak pakai sangat. Kerusi pun pinjam dia punya je. Yang lain lain tu ada yang recycle decoration adik I, then tambah sikit sikit je untuk memenuhkan ruang. 

 
Asalnya.


Ni la master mind di sebalik pembikinan mini pelamin I. Dia punya idea la sangkut sangkut bagai tu. Pastu dia jugak la yang memanjat pasang semua mende alah tu. Hihi.

Zoom sikit!

Oke. Bantal "Officially Engaged" dengan "Mr & Mrs" tu I beli dekat Colours & Scissors Art. Beli online je. Simple je kan pelamin I? Ada yang teruja ke? Saja nak share, bagi B2B kat luar sana idea nak save bajet. Hihi. :P
Photobucket

Floral Mask Dian'z Official Stockist

$
0
0
Salam.
 
Floral Mask
 
Hoyeh! Hoyeh! Hari ni I gembira! Kenapa I gembira? Mesti la sebab I dah officially jadi stokis untuk produk Dian'z. Seriously I memang tak sangka yang I akan join untuk jadik seller produk ni sebab I kan dah jadik distributor untuk produk Elken. Lagipun, pengasas Dian'z ni pernah jadi customer I kot dulu. Once upon a time. Masa I tengah aktif buat design blog. Sekarang I dah malas. Busy women. Kihkih.
 
Alhamdulillah setakat ni produk Elken pun still ada permintaan, but tak banyak macam dulu sebab I dah kena warning dengan diorang untuk tidak mempromosikan apa apa jua barang Elken dekat any social media. Which is I sendiri pun tak faham kenapa I tak boleh promote produk diorang sedangkan ini salah satu cara untuk kita buat marketing kan? I pun tak faham la sampai nak kena bagi I first, second, third reminder untuk remove everything about Elken kat social media. Pelik I. So nak tak nak, I dah removed yang dekat Fesbuk, but dekat blog ni just info pasal produk tu je la. I tak promote apa dah. Whoever need that produk. can directly contact me as usual. Because I am still one of their agent.

Dah la, stress I story pasal Elken ni. Now mari kita story pasal first product from Dian'z ni. Floral Mask. Sebut pasal Floral Mask, I yakin yang ramai yang dah tau pasal kehebatan produk ni. Apa tak hebat nya, first purple mask in Malaysia tau! Bau dia memang wangi. Bila kita pakai kan, memang tak sakit langsung bila kita tarik tu. Tak macam mask lain yang I pernah try sebelum ni.
 
Botol dia comel je seberat 50ml, korang tak perlu risau sebab ianya memang jimat. Boleh tahan 2 bulan sebab kita bukannya pakai hari hari. Seminggu 1-2 kali je korang pakai. Memang jimat sangat! 
 


Korang tak perlu risau. Produk ini 100% halal. Mendapat kelulusan penuh JAKIM dan KKM. Daripada kita dok perabih duit beli mask mahal mahal kat pasaran tu, baik kita support produk tempatan dan keluaran Muslim kan? Status Halal pun terjamin dan berkesan!

Apa bahan utama Floral Mask? Bahan utama produk ini ialah arang. Ianya terdapat 7 bahan aktif yng berfungsi untuk membersihkan dan juga mencantikkan kulit korang! 
  • Mempunyai MOISTURE COMPLEX untuk kulit kering dan kusam.
  • Vitamin A, B3, C dan E untuk merawat kulit yang berjerawat dan berjeragat.
  • Q10 yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • HYALURONIC ACID untuk melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi UV.


Testimonial? Perghh. Yang ni memang I tak tahan. Kalau I story, memang korang semua akan teruja. Kalau produk ni tak bagus, takkan la ramai customers yang dah cuba tak lupa juga selebriti yang dah try semua cakap produk ni best kan? Fuhh. Memang terbaik.








Eh? Takkan la I promote, I sendiri belum try kan? Nonsense sangat jual produk yang kita tak try lagi. I dah try, dah I dah rasai kehebatannya. No pimples. No. No. No.



 See! Kotor gila muka I ni rupanya kan? Kalau kita tak aware dan ambil mudah je perkara ni, tak mustahil korang boleh berjerawat, berjeragat dan resdung. I sangat particular hokeh bab bab kecantikan ni. Biar lah badan gemuk, tak berapa nak cantik. Tapi muka kena bersih ye. 

Oke I will update more frequent about this produk. Don't worry. Produk yang I suka memang I akan promote lebih. Hihi. Untuk korang yang belum lagi try produk ni, meh datang sini rapat rapat, dapatkan produk ini dengan harga serendah RM 39.90 sahaja! Murah giloss! Kalau area Melaka, I boleh COD, tapi area lain postage RM 6.00 untuk semenanjung Malaysia dan RM 10.00 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk kawasan lain, tertakluk pada caj pengeposan.

Untuk dapatkan produk ini, sila hubungi saya sekarang!
Whatsapp / Wechat / Telegram / SMS / Direct Call
+6014-6650818
atau 
Email
nurul.purplechumel@gmail.com

Photobucket

Video | Engagement Nurul and Ferdaus

$
0
0
Salam.

Ecehhhh. Poyo tak? Orang lain bertunang nak video, I tunang pun tak video jugak. Tapi maybe tak la secun video orang lain la kan. Sebab I ni B2B kurang bajet. Hihi. Suka sangat kan post entry basi. Whatever la. Basi basi pun, nanti I jugak yang tengok. Kalau tak post kang, I yang menyesal. Sebab nanti dah tua, takde kenangan.

Jom layan my engagement day's video!




Photobucket

Testimonial Selebriti | DX Verve & DX Charms

$
0
0

Hai korang! Lama kan I tak update blog? Berhabuk habuk dah my kesayangan ni. Takpe takpe. Kali ni I promise akan update selalu sebab dah full time jadi business women Elken!

Oke hari ni I nak share testimonial atau komen selebriti selebriti di Malaysia ni bila mereka pakai corset DX Verve atau DX Charms ni.

LD Venus | Penawar masalah rahim wanita

$
0
0

Hai korang. Hari ni I nak share lagi satu produk hebat dari Elken. Seperti yang kita sedia maklum, nowadays penyakit yang berkaitan wanita ni memang macam macam kan? Yelah, macam macam yang kita makan sekarang ni kan. Masalah masalah wanita seperti keputihan, senggugut, sakit rahim, pemulihan selepas bersalin, sukar untuk mengandung dan bermacam macam lagi masalah yang para wanita hadapi. Oleh sebab itu, sebagai wanita ni kita jangan putus asa. Usaha itu penting.

LD-Venus  diformulasikan menggunakan formula herba bergred tinggi, yang sangat baik untuk merawat penyakit-penyakit rahim dan permasalahan wanita masakini. Juga amat mujarab bagi para isteri yang sukar mengandung setelah lama mendirikan rumah tangga.

Herba yang digunakan seperti Dang Gui, Dang Shen, Dan Shen, Bai jiang Cao, Yi Mu Cao dan Huang Qi, membantu mengawal atur kitaran haid, memperkaya darah, membantu dalam pemulihan selepas bersalin dan menawarkan kelegaan kepada wanita yang mengalami menopaus. InsyaAllah herba tersebut halal dan boleh diambil oleh orang islam.

Amat berkesan bagi  wanita yang menderita penyakit senggugut, keputihan, prolapse rahim, kitaran haid tidak teratur dan sebagainya.Kesan pengambilan LD Venus dapat dilihat dalam masa seminggu dimana kita akan merasa perubahan yang nyata pada diri kita.

LD-Venus  dipek dalam botol kecil dan tidak memerlukan persediaan atau dididihkan. Ia disijilkan halal dan tidak mengandungi hormon, bahan kimia atau ramuan tiruan.

Okay sekarang mari kita ikuti beberapa testimonial  ikhlas dari sahabat-sahabat  kita yang telah menggunakan produk ini dan telah sembuh sepenuhnya :

1. Sisa Uri menyebabkan kemerosotan fungsi urinari dan kitaran haid tidak teratur

Semasa melahirkan ketiga-tiga anak, saya menghadapi masalah sisa plasenta.Apabila saya ketawa, batuk atau bersenam, kencing akan mengalir tidak terkawal. Akibat kecederaan semasa bersalin, saya menghadapi masalah prolapsed uterus yang turut menyebabkan kemerosotan fungsi system urinary dan kitaran haid tidak teratur. Atas pengesyoran upline, saya mula minum 1 botol LD Venus setiap hari. 2 bulan kemudian kitaran haid saya kembali normal dan masalah kencing tidak terkawal juga beransur pulih.

Siti Haliza bt Haji Ramli, 41

2. Ketidakaturan endokrin menyebabkan tompok hitam!

Selepas bersalin 4 tahun dahulu, muka saya tiba-tiba ditumbuhi ieragat dan tombok hitam. Ketidakaturan endokrin ditambah pula dengan faktor-faktor lain memburukkan pigmentasi saya. Saya kelihatan letih dan kulit saya kurang bermaya. Mekap tidak banyak membantu. Melalui cadangan kawan, saya mula minum sebotol LD Venus pada waktu pagi dan malam. Selepas sebulan, jeragat mulai pudar. Kini, warna kulit saya kemerah-merahan dan saya tampak bermaya.

Low Vooi Ying,42

3. Keintiman yang berkurangan menjejaskan hubungan suami isteri!

Saya menqandung pada usia pertengahan tahun. Setahun lalu selepas bersalin, payudara saya melandut dan kehilangan bentuk asalnya, Vagina saya iuga menjadi kering sehingga menjejaskan keintiman diantara saya dan suami.Atas cadangan rakan,saya mula minum LD Venus setiap pagi ketika perut kosong dan sebotol LD Esteem setiap malam selepas makan. Selepas seminggu, saya tidak mengalami kekeringan vagina lagi, malah warna kulit juga semakin berseri dan saya nikmati keintiman bersama suami.

Lee Sook Mooi

4. Alat pencegah hamil menyebabkan kitaran haid tidak teratur, darah berlebihan dan tempoh lama

5 tahun dahulu, saya telah memasang alat pencegah hamil di dalam rahim (IUD) selepas melahirkan anak ke-3. Selepas itu, tempoh haid saya mula menjadi lama dan tidak teratur. Yang paling membimbangkan saya ialah darah haid saya menjadi banyak dan berketul-ketul serta berasa sakit di abdomen. Selepas sebulan saya mengamalkan sebotol LD Venus setiap hari, keadaan saya beransur pulih. 3 bulan kemudian, kitaran haid saya kembali normal dan tiada lagi ketidakselesaan.

Ellya Bte Othman, 33

5. Keputihan abnormal dan banyak selepas bersalin menyebabkan kegatalan.

Selepas melahirkan anak ke-3 pada 2004, badan saya menjadi sangat lemah dan sering mengalami masalah sakit haid dan keputihan. Keputihan yang abnormal dan banyak menyebabkan bahagian kemaluan saya gatal dan amat tidak selesa. Keadaan ini akan bertambah teruk sebelum haid. Saya akan demam panas dan sakit belakang. Saya telah berjumpa dengan ramai doktor dan mencuba pelbagai jenis produk. Pada 2008, setelah disyorkan oleh upline, saya mula minum 2 botol LD Venus setiap hari. Selepas 3 hari sahaja, saya sudah dapat merasakan perubahan. 1 bulan kemudian, masalah sakit haid dan keputihan sudah beransur pulih. Kini, saya dan suami dapat menikmati bulan madu sekali lagi.

Halimah Bte Maskom,32

6. Kitaran haid tidak teratur, muka pucat dan mudah berasa letih

Sejak akil baligh, haid saya tidak teratur. Kadang-kadang 2 bulan pun tiada haid. Saya berasa tidak bermaya dan pucat. Saya juga mudah berasa letih setelah melakukan kerja rumah serta menjaga 4 orang anak saya. Saya tidak mempunyai tenaga yang lebih untuk memenuhi permintaan suami. Hal ini mempengaruhi rumah tangga kami. Saya mula minum I botol LD Venus setiap hari. Selepas setengah tahun, kitaran haid saya menjadi teratur, kulit juga menjadi licin dan halus. Saya kelihatan bertenaga. Terima kasih LD! Kini saya hidup bahagia bersama suami.

Suhaida Tan Bte Abdullah,44

 7. Tempoh haid lanjut hingga 7 hari, darah haid merah gelap dan berketul serta berbau.

Saya sering berasa tidak selesa sebelum haid - sakit kaki, kembung perut dan muka berjerawat. Tempoh haid saya anat paniang dan darah haid berwarna merah gelap, berketul dan berbau. Simptom ini sangat merisaukan saya. Selepas minum sebotol LD Venus setiap hari untuk sebulan, semua ketidakselesaan semasa haid diperbaiki. Ketulan darah haid kini berwarna merah cerah dan tidak berbau lagi. Tempoh haid juga dipendekkan kepada 4 - 5 hari. Jerawat di muka juga berkurangan. Kini saya tidak perlu risau tentang kitaran haid lagi.

Josephine Chong Sze Fei, 26

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pembelian, jangan malu jangan segan untuk hubungi saya melalui call/SMS/Whatsapp/Telegram ;
+6014-665 0818 (Nurul)

Alhamdulillah. Officially Married! - Part 1

$
0
0
Salam.

Hai hai! Ada yang merindui diri ini ke? Mana tak nya berhabuk bersarang dah blog nih. Almost 3 months tak update. Busy uolls. Start dari bulan 8 sampai ke bulan 11. Sekarang ni baru free sikit sebab iolls baru balik pre-honeymoon. Ehem! Tang pre-honeymoon tu nanti nanti lah I update. Now meh I story pasal kaweng dulu. Hihi.

Diam tak diam, dah 1 bulan 12 hari I jadi wife. Phewww, tak sangka I dah nikah. Masa nak buat preparation majlis hari tu, konon konon I berazam nak update progress each and every day. Sekali, ke laut. Haha.

Ni wedding card kami. Simple. Tapi bermakna. :)

Kami nikah hari Jumaat, tapi Rabu tu I dah sampai kampung dah. Sebab Khamis tu kan Hari Raya AidilAdha. So ni secara tak langsung celebrate dua benda dalam satu masa lah kira nya. Hehe. Rabu malam tu, bridal I dah sampai untuk pasang kan pelamin. Perasaan masa tu? Wah, dupdapdupdap. Allah saja lah yang tahu. 

Ni pelamin I. Macam tak percaya dah duduk atas pelamin ni. :P
Esoknya, hari Khamis tu orang yang lukiskan henna pun sampai. For your info, I punya pelukis henna import jauh dari Johor Bahru tau. Hihi. Pssst! Ni sebab makcik I yang sponsor henna, sebab tu la I tak kisah dia datang dari mana. Nama dia Emma. Siapa siapa bakal pengantin area JB tu boleh contact Emma yek. Dia punya service memang superb! Hikhik. 

Tadaaa! Ni henna yang dah siap lukis. Cantik tak? Cantik tak?



Ni gambar gambar yang Emma upload ke fb beliau. 

Orait. Settle story pasal henna. Kita move ke story malam nikah. I nikah Jumaat malam lepas solat Isyak. Lebih kurang pukul 9 malam la. Perasaan masa tu, nervous kemain. Bridal untuk majlis belah perempuan ni I pilih Sal Image Bridal. Dia ni famous juga tau antara bridal bridal dalam Batu Pahat ni. Tapi even dia famous, dia sangat baik. Pelamin I, make up I semua cantik. Seriously tak rugi ambil dia as my bridal. Cuma I tak ambil full package dengan dia, sebab baju nikah I, adik I yang jahitkan. Then baju bersanding memang dah include sekali dalam package sebelah lelaki nanti. Siap ada baju outdoor lagi. So, macam membazir lah pulak kalau ambil full package. So I ambil make up 2 kali untuk nikah and sanding, pelamin rumah and meja makan beradab. Semua nya oke sebab I kan pengantin save budget. Hihi.

Ni make up nikah. :)

Sedang I bersiap siap sambil nervous, budak dua orang ni datang. Hilang sikit perasaan nervous tu.

Ouhh. Masa ni memang sangat nervous. Kaki plak siap cramp sebab duduk bersimpuh lama sangat!

Sah! Dengan dua kali lafaz! Hikhik. Cian dia nervous!

Tetamu dan hantaran. 

Bila dah sah jadi suami isteri tu, wow perasaan I macam tak percaya! Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. 


Settle je majlis nikah, hati ni pun lega la sikit. Tapi esoknya kena bangun awal awal pagi. Sebab pukul 8.30 pagi ada majlis khatam Al Quran dan berzanji. Lucky me. My bff, Syima sampai lepas majlis nikah! I was so glad sebab dia jadi pengapit I on my big day!

Eh, penat jugak buat flash back cerita bakal nak basi ni kan? Esok la I continue. Tungguuuuu!!

Photobucket

Alhamdulillah. Officially Married! - Part 2

$
0
0
Salam.

Oke. Jom kita sambung cerita. Bila dah settle majlis malam tu, seriously sangat letih. Rasa macam belum percaya yang diri ini sudah menjadi isteri. Hikhik. Gedik kan. Haha. Dah memang gedik sejak azali, takleh nak buat apa la kan. HAHA!

Oke, lepas husband I balik homestay, I pun mendapatkan bff I, Syima. Rindu gila kot kat makcik seorang ni. Luckily dia datang jugak sebab dia pengapit I untuk majlis belah rumah I. Malam tu, bila dah bersembang, sampai pukul 2 pagi tak tidur lagi. Sambil sembang, sambil packing goodies bag untuk candy buffet. 

Esok nya pukul 6 pagi I dah bangun sebab pukul 8.30 pagi dah nak start majlis khatam Al-Qur'an dan berzanji. Untuk majlis ni, Syima yang make up kan I. Dia make up light light je sebab nak mengaji kan. Hihi.

Me and Syima. 

Muka tak senyum langsung. That's why I really don't like candid picture. Huhu.

Majlis habis dalam pukul 11.30 pagi. Korang bayangkan lah, duduk bersimpuh lama macam tu, memang cramp kaki iolls. Huhu. Lepas dah habis majlis tu, I terus cepat cepat mandi and tuam muka dengan ais, macam semalam nya sebelum nak make up nikah tu. Mak andam I sampai rumah dalam pukul 12.30 tengah hari. Dia sampai je terus start make up.


Tadaaa! Cantik tak? Cantik tak? Hihi. Tak cantik pun kena cakap cantik gak! 

Tema wedding my side is purple pink cream. Haha. Agak caca marba, but Alhamdulillah, everything went very smooth. Rombongan pengantin lelaki start berarak pukul 2.25pm sebab kompang lambat sampai. Memang agak panas hati gak sebab orang dah sibuk tanya kan. But sabar jela.

With our pengapits and our fairytale! Comel kan? =.="

My family! :)

My hubby's family. Eh, My in law lah! :P

Dua orang budak ni la my fairy tales! Comel jek diorang ni.

Thanks for coming Rose and Eina! Speechless korang datang majlis aku!

Ni bride to be. Dah jadi tunang orang dah pun. Thanks Ani, datang ambil berkat! :P

My BFF from Sudong. I love them! 

My super BFF, Mimy. Thanks for coming dear even baru lepas pantang. :)

...and my bff and my gorgeous bridesmaid! Thanks Syima for helping me a lot! I love u!

Ni baju outdoor kami. We choose Songket. But not like full songket. Kalau pakai songket pegi outdoor, mesti lagi panas! Pakai baju ni pun dah berpeluh gila.

Thanks Bell and his wife, Zila for coming! Even sampai lambat sebab sesat. Kesian korang. But diorang ikut we all outdoor hokeh! Thanks korang! Eh lupa plak, diorang ni papa and mama to be tau. Be a good papa and mama okeh! :P

Posing acah acah!

Alahai. Romantik tak? Hikhik! =,="



And for now, ni video majlis Walimatul Urus on my side. Majlis I simple je. Tak grand macam majlis orang lain. But then, I am the most happiest person on earth on that day sebab semuanya dah selamat.

Stay tuned! Sebab I nak story the last part of this episode. Majlis bertandang on my hubby's side. Tema kami, kuning di raja! Hahah! Tungguuuuu... :)
Photobucket

Alhamdulillah. Officially Married! - Part 3

$
0
0
Salam.

Alahai. Pengantin basi nih. Dah nak 4 bulan kawengg baru nak hapdet. Sedihhh betul lah. Macam ni lah kan kalau hidup asyik nak kerja kerja kerja. Sampai masa nak spent untuk diri sendiri berblog macam dulu memang sangat limited. Then bulan lepas, nenek kepada suami saya telah kembali ke Rahmatullah. So, memang sangat busy dan family kami sangat berdukacita. T___T

Oke oke. I janji ni part yang last with regards of my wedding story. Dah janji kena tunaikan. Majlis bertandang on my hubby's side diadakan secara sederhana di Serkam. Majlis dah start dalam pukul 11 pagi. Tapi kami berarak lepas Zohor, pukul 2 petang. Saja la tu nak ikut trend Johor. Hehe. 

Kami satu family berkumpul di rumah Cik Ayu di Batu Gajah dan gerak sama sama ke Serkam. Perasaan? Ohh, sangat nervous dan berpeluh peluh. Hehe. Ramai kawan kawan I yang datang majlis belah suami I ni sebab dekat kot. Oke, jom layan gambar!

Abaikan katil yang berselerakan di belakang tu. Ni lepas mekap.

Lepas siap semua, amek gambar depan rumah Cik Ayu dengan Uncle Mail.

Seriously panas. Tapi muka kena la buat buat happy sebab kan jadik perantin! Hiks!

Ni la keadaan yang sebenar nya. Hihi.



Berarak. Dapat gak merasa berarak. :)

Banner ni recycle dari majlis my side. Jimat kan!

Budak kompang kampung Serkam, Merlimau Melaka. 

Acara wajib di setiap majlis kenduri kahwin. :P

Akhirnya. Selamat pengantin baru untuk kami! :)

Lepas dah bersanding, perut pun dah berdangdut riang. It's makan time! 

Menu majlis bertandang ni nasi putih, dengan masakan kampung. Sedappp! Buat kelainan sikit. Lauk siput sedut masak lemak sayur keladi, sayur chap chai, ayam kampung masak rendang, sambal belacan dan sebagainya. Haa. Nak sebut satu persatu memang tak habis. Masakan yang lain dari majlis kahwin biasa. Tapi biasa la, dah jadik perantin nih, makan kena cover cover. Tak leh nak sedut siput tu depan orang. Buruk nau perangai. Hahah!

Lepas makan, potong kek! 

Kek ni pun ada kisah disebaliknya. Actually kek sebenar adalah kek secret recipe yang di-sponsor oleh kawan hasben I. Tapi kek tu dah jatuh. So ni kek replacement kepada kek sebenar. Ala, actually kalau takde kek pun takde hal la. Sebab potong kek ni just suka suka jek. Yang penting majlis nya tu ada kan?












Kalau boleh, semua gambar moment terindah ni I nak letak sini untuk diabadikan pada anak cucu I nanti. Sebab zaman akan datang semua internet di hujung jari. Mana la orang nak selak album macam mak mak kita dulu kan? 

Alhamdulillah, majlis bertandang di Serkam, Melaka pun selesai dengan sederhana tetapi meriah. Syukur sangat sebab semua ahli keluarga dan sanak saudara memberikan sokongan dan bantuan dengan jayanya. 

Dan Alhamdulillah, hari ni dah genap 4 bulan I menjadi isteri beliau. Bukan senang sebenarnya berumah tangga ni. Macam macam perkara pahit manis yang kena tempuh. Biasa lah, alam rumah tangga memang mencabar. Cuma kena extra sabar dan kena tolak ansur, tu yang penting.

InsyaAllah, will update time to time. Kalau I lama tak update, jangan rindu tau! Hihi! :)
Photobucket

Pre Honeymoon at Kota Kinabalu Sabah

$
0
0
Salam.

Hai! Dekat entri kali ni, I nak story sikit pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sabah. Kira nya, ini first trip I dengan hasben. Actually, dah lama dah kitorang pergi Sabah. Bulan Oktober tahun lepas. Cuma takde masa nak update blog. Cian blog kesayangan I nih kena tinggal. Hihi. Jangan marah ye! Kami bertolak dari KLIA 2 pada 12 Oct, dan balik pada 15 Oct which is 4 days 3 nights la dekat Sabah.

Boarding pass kami! Tengok tu, inai pun masih merah lagi. :P

Selfie berdua sebelum berlepas. Hikhik!

Dah sampai Kota Kinabalu (KK)! 

Actually kakak ipar I, kira kak long hasben I tu memang stay kat KK. Hasben dia orang Sabah. Hasben dia tentera dekat Kem Lok Kawi, KK. Tapi dia dah nak bersara time tu. Diorang dah beli rumah dekat Semporna, Sabah. So sementara diorang belum pindah ke Semporna tu, kitorang datang la KK sebab kat KK lagi banyak interesting places yang boleh visit. 

Oke, first day tu kitorang tak pergi mana mana pun sebab bila dah touch down KK tu masing masing dah penat. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Sampai kat sana, hari dah gelap. Sebab kat sana, pukul 5 petang tu dah gelap macam maghrib kat semenanjung. Kami takde check in mana mana hotel pun. Just stay rumah kak long dengan abang long jek. Sampai rumah kak long, rupanya abang long dah belikan ketam fresh! Hasben I nih hantu seafood, especially ketam. Entah dari mana datang kekuatan gigi dia nak kopek kulit ketam yang keras tu. I ni suka gak makan ketam, tapi kena makan yang dah siap kopek. So, memang dia la jadik mangsa kena kopekkan kulit ketam tuh! Hehe!

First day kat KK, kita makan ketam! :)

Esok nya, awal pagi kitorang bersiap pergi Kundasang. Fuhh, naik bukit, gunung ganang, memang mabuk kejap. Tapi bila sampai atas. wahhhh! Santekkkkkknye view Gunung Kinabalu! Seriously mempersonakan! Tapi sebelum sampai Kundasang, kitorang singgah Tamparuli. Jambatan Tamparuli tak sempat nak pergi sebab hujan time tu. Tapi sempat la melawat Rumah Terbalik Borneo. 

Harga tiket RM 10.60 untuk seorang dewasa termasuk GST. Kanak kanak bawah 6 tahun, FREE!

Selfie berdua itu harus!

Budak kecik ni anak kak long. Faris nama dia. Dia memang suka menempel kat kitorang. Haha!

Acah acah angkat kereta. Haa. Budak kecik tu action jek lebih. :P

Selfie dan I berpisah tiada. :)

Dekat Rumah Terbalik Borneo ni boleh ambil gambar kat kawasan luar je. Kawasan dalam rumah terbalik tu tak boleh ambil gambar langsung. Nak jaga privacy la kot. Tapi dah masuk situ sekali, oke la kan. Dah experience. Memang semua benda terbalik. :P

Lepas dah seronok ambil gambar dalam panas panas tu, bila naik ke Kundasang tu hujan la pulak. Sejuk. Kami sempat lalu je dekat kaki gunung Kinabalu tu sebab hujan. Tapi dapat snap picture. Jangan risau. Hihi. Kitorang dapat visit dua tempat je. Desa Dairy Farm, which is ladang lembu macam kat New Zealand tu, dengan ladang teh Sabah. Itu pun limited, sebab hujan. Suasana gelap, nak ambil gambar pun basah. :(

Desa Dairy Farm!







Dah lepas posing posing sakan dekat Kundasang, kitorang make a move ke Ranau. Kitorang pergi Fish Spa. Ecehhh. Tak payah massage, kita tadah kaki bagi ikan gigit kulit mati!

Welcome to Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah!

Tiket masuk. Dewasa RM 5.00 seorang. Kanak kanak RM 2.00 seorang. Kalau nak mandi bersama ikan, RM 10.00 seorang. Yang penting, kalau bawak kamera, RM 3.00 yek!

Mula mula nak masuk, takut beb! 

Kak long, abang long dengan Faris!

Bayangkannnn!

Ehhh. Siap boleh pegang pegang ikan tuh!

Rendam kaki tu actually 15 minit je per entry. Kalau nak rendam lebih lama, tambah la duit. Tapi kitorang dapat almost 30 minutes sebab tak ramai orang. Bila start nak ramai tu, dia dah panggil naik atas dah. Perasaan masa tu, sangat teruja. Sebab terasa rasa lagi geli kaki tu terkena badan ikan. Hihi.

Balik dari Ranau, macam biasa lah, hari dah gelap. So kitorang dapat jalan jalan dekat Pasar Filipina sekejap sebelum balik untuk merehatkan diri. Fuhh, ikan, sotong, ketam, dan macam macam seafood yang diorang jual. Harga memang berganda ganda la murah nya dari Semenanjung.

Esok pagi, I bangun awal. Sebab dah janji dengan hasben nak pergi pasar pagi. Sebab katanya seafood segar baru naik. So I pun tak nak lepaskan peluang untuk tengok semua tu. Pergi pasar, I carik satu benda jek!

Lobster! First time tengok lobster depan mata! Teruja nak makan!

Kak long kata, kalau kita makan dekat pasar Filipina tu, dia caj mahal. So, hasben kate why not kita beli yang hidup, fresh punya pastu kita masak sendiri! Perghh. Gigih la I menggugel cara nak menyiang lobster. Pastu gigih lagi nak masak apa pulak lobster ni?? Bila I gugel, banyak yang suggest masak butter garlic. So I cuba buat dan Alhamdulillah! Menjadi!


Luahan perasaan. :P

Malam tu, kami rehat puas puas sebab esok nya kami nak jalan lagi pusing pusing bandar KK je memandangkan esok hari terakhir sebelum balik ke Semenanjung. Dapat la visit tempat tempat menarik sekitar bandar KK. 

Faris berada di mana mana. 

Lebyu!

Budak shomel!

Suka nau orang dukung dia!



Malam tu, kitorang lepak minum dekat Tanjung Aru. Hasben I kata ada tempat minum ABC special kat situ. Tengok jeruk macam macam jenis.

Jerukkkk!

ABC bogel? Hihi.

Mine! Air tembikai float. 

ABC Special hasben punya!

Muka puas hati. :P

Sesuai la dengan hasben I yang hantu buah tu. :P

Musical Fountain!

Lepas dah minum tu, kitorang singgah Tanjung Aru Perdana Park tengok Musical Fountain. Time ni battery phone masing masing dah nak kong. Dapat snap satu dua picture jek. Jadik la daripada takde kan.

Esoknya, kami pun balik ke Semenanjung. Perasaan? Macam tak nak balik jek rasa. Tak puas nak melawat negeri orang. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, kami datang ke Sabah lagi. Mana tau bertiga ke, berempat ke, berlima ke.. ecececehhhhh...!

Photobucket

Happy 31th Birthday Husband!

$
0
0
Salam.

Nampak gaya nya I ni sebulan sekali baru lowat nak update blog. Setiap kali update, setiap kali tu semangat berkobar kobar. Haha. Oke. Kali ni I nak share pasal surprise yang I buat for my husband last 14th February 2016 hari tu. 

For others, mesti nak celebrate "Valentine's Day" kan? Tapi for me, I akan busy celebrate birthday my husband. Tak tahu la kenapa every years kalau sampai tarikh birthday dia, I akan rasa tak lengkap hidup I kalau tak buat something untuk dia. Walaupun budget tak berapa nak ada, I tetap nak buat something special. Untuk dia, maybe birthday tu sama je macam hari hari biasa. Tapi bagi I, masa birthday tu la kita nak tunjukkan yang kita sayang dia, macam mana kita ingat dia selalu. Last year, means waktu I dengan dia still dalam pertunangan, I just bawak dia dinner dekat Dutch Harbour Cafe je. Sebab waktu tu first year kenal dia, lagipun baru tunang. So celebrate pun biasa biasa jek.

But this year, I celebrate siap dengan surprise sekali. I choose The Straits Hotel and Suites Melaka jek sebagai destinasi surprise tahun ini. Untuk tahun depan, tak tahu la kat mana kan. Belum ada idea. Untuk surprise simple ni, I pakat dengan staff staff dekat office ni je. Diorang sangat banyak membantu I dalam persiapan dan deco. I requested offday on that particular day so that takde la rushing sangat. 

Tengah hari nya, I masak nasi ayam dengan buat sedikit kuih puteri ayu untuk makan makan satu family je. FYI, tu la first time I masak semua benda tu. Seriously, selama ni I tak pernah masak benda benda tu. Kuih tu pun first time nak try buat. Alhamdulillah nasi ayam menjadi, tapi kuih tu keras sikit mungkin sebab I pakai blander je, tak pakai mixer. So telur tak kembang well.

Nasi ayam ni sedap kata nya.. Hehe. :)

Sup Ayam. Yummy!

Ayam goreng suka hati with the condiments. :P

Kuah lada. :)

Ni la kuih puteri ayu yang keras tu. Ada rupa puteri ayu, tapi failed. Takpelah, first trial kan? Hihi.

Kami lunch makan nasi ayam. Yang buat I kembang semangkuk, mak ngan abah mertua I siap bertambah nasi. Hihi. Alhamdulillah menjadi. Husband I? Memang confirm la makan bertambah. Sedap kata nya. Mana tak nya, once in the blue moon baru wife dia ni masuk dapur. Hihi. 

Petang tu, I keluar pegi settle kan hal hotel. I pergi keje kejap, siap kan attendance staff, lepas tu baru I pergi hotel tempat surprise tu untuk check in. Dalam pukul 6.30 petang, I passed kunci bilik dekat Iqa untuk deco. Harap harap menjadi. Then lepas tu I balik rumah. Hujan lebat tapi redah jugak. Nak surprise yang tersayang punya pasal. Haha!

Lepas maghrib, I suruh husband siap siap semua, I yang drive kereta pergi hotel tu. Husband I tanya tanya nak pergi mana. Tapi I buat bodoh jek. HAHA! Nanti spoiled la rancangan. Sampai hotel, I terus naik bilik. Husband I pun ikut je tanpa banyak tanya.

Video prank. Kahkah! :)

Husband I terkesima! Kahkahkah!

Cantikkkk!!

Nampak tak muka dia happy tu? Hihi.

Mastermind project birthday prank for my husband. Thanks a lot  Iqa, Dzul and Terra!

Brownies super sedap ni macam biasa lah. I order dekat kak Iera. :)

Muka lepas kena prank. Kihkih. :P

Me and him. <3

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan smooth. Selamat hari jadi ke 31 my beloved imam. Semoga abang makin maju, berjaya dan boleh menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Apa yang I buat ni sangat kecil berbanding dengan kasih sayang beliau terhadap I. Doakan kami cepat cepat dapat baby yek! >.<"
Photobucket

Permulaan kehidupan yang baru

$
0
0
Salam.

Hai korang! Berbulan bulan tak update blog. Busy menyesuaikan diri dengan kerja, kehidupan seorang isteri yang berkerjaya, menguruskan hal hal rumah tangga, walaupun belum ada rezeki lagi dikurniakan cahaya mata. 

InsyaAllah, 1 June  2016 adalah last day I bekerja sebagai hotelier. Bukan I tak sayang kerja tu, tapi kerja tu buat I takde masa nak uruskan banyak hal. Dengan jadual kerja yang tak menentu. Kejap kerja pagi, kejap kerja petang, kejap cuti hari Isnin, kadang Jumaat. Itu belum lagi hari raya dan cuti cuti umum lain pulak. Orang lain cuti, berkumpul dengan family. Yang I ni siap siap nak pergi kerja. I tak nafikan yang I yang pilih jalan kerja tu dulu. Tapi bagi I, untuk wanita yang dah berumah tangga, kerja shift macam tu dah tak sesuai. Biarlah husband I sorang kerja ikut shift. At least boleh jumpa dia hari hari. Macam sekarang ni, I kerja pagi dia kerja malam. Jumpa pun masa dia balik kerja dan I nak pergi kerja. 

Raaaaamai yang advice I supaya jangan berhenti sebab I kan boleh nak kata baru nak build up hidup jadi suami isteri. Banyak nak pakai duit. Tapi bagi I, rezeki Allah ada kat mana mana saja. Yang penting nawaitu. Solat 5 waktu, jaga aurat, dan jaga maruah suami. Tu penting untuk dapat keberkatan dalam hidup.

Tengok jela blog I ni. Takde kemajuan. Padahal blogger blogger lain yang sama sama up dengan I dulu dah jadik blogger famous amos dah. I je kat sini lagi sebab apa? Sebab kerja tak menentu. Maybe lepas ni fokus untuk up traffic blog ni akan lebih. Bukan lah I nak sangat dikenali. Tapi I nak tingkatkan kemajuan diri I. Bukan untuk orang lain, untuk diri I sendiri. 

So, lepas ni jangan muntah ye kalau nampak blog I update every single days. Kahkah. Wallahua'alam.

Photobucket

Kaylarafy Wedding

$
0
0
Salam.

Entry ni sepatutnya I post semalam or kelmarin which is on the exact date of the wedding itself. However, because of kerja menimbun dan sangat busy dengan segala persiapan majlis, entry ini terpaksa ditunda proses menaip nya. Eh, ini kira oke tau I update awal juga. Kalau nak dibandingkan dengan majlis I sendiri dulu? Berbulan bulan baru nak update. HAHA!

On 3rd June 2016 yang lepas, adik I yang kedua which is anak ketiga in my family dah selamat jadi isteri. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah berlangsung selepas waktu Isyak dan dihadiri oleh kaum keluarga kedua dua belah pihak dan orang kampung terdekat sahaja.

Ni gambar kami 6 beradik bersama dengan ipar baru kami.

Family baru kami.

Semoga pertalian keluarga ini bertambah erat dan makin berseri dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Selamat pengantin baru untuk adik, Nurul 'Aqila Binti Mohd Siri and suami nya Amiruz Syahmi Rafi Bin Suhaimee. Semoga rumah tangga yang baru dibina kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin. :)

Photobucket

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Melaka dan Johor (Zon 4) 2016

$
0
0
Salam.

Since hari ni adalah hari pertama untuk seluruh umat Islam berpuasa, I dengan sukarela nya nak share Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi negeri Melaka dan Johor (Zon 4) untuk tahun 2016. Zon 4 (Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor). Untuk kawasan lain, minta maaf banyak banyak ye. Iolls stay kat dua tempat ni je. Hihi. 



*Semoga bermanfaat. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam seluruh dunia! :)

Photobucket

Printcious | Best Gift Ideas Ever

$
0
0
Salam.

Hai korang! Sedar tak sedar, dah masuk hari ketiga kita di bulan Ramadhan kan. Sekejap je masa berlalu. Korang semua ni puasa ke tak? Jangan ponteng tau melainkan ada reason ye! Alhamdulillah, puasa I masih cukup. Bukan senang ye nak cukup kan puasa bila jadi perempuan ni. Insan terpilih je yang boleh puasa penuh. Hihi.

Oke hari ni I nak story sikit pasal Printcious. Pernah dengar tak apa tu Printcious? Actually they all ni on of printing company yang jual macam macam barang yang comel comel, cute mute, yang korang boleh order yang ready made, or korang nak beli yang korang design sendiri. Seriously I kata sangat lawa dan service diorang memang tiptop. Korang bayangkan lah. Baru submit order hari ni, lusa dah sampai. Cepat kan?

Actually I try order pun sebab last month they all ada buat so call giveaway untuk promotion Printcious ni la. I terbaca kat advertisement di Facebook. 

[ SHARE & REDEEM YOUR FREE MUG NOW! ]
...
Step 1: LIKE & SHARE this post
Step 2: Tag 2 friends in the comment section below
Step 3: Customise your mug & tick [FREE MUG] 
Step 4: Receive your mug in 7 working days

Senang kan? So I ni memang pantang tengok benda free free ni. I terus je pegi dekat website Printcious untuk claim FREE MUG tu. Untuk claim benda tu, memang free, tapi untuk postage je korang kena bayar RM 10.00 sahaja. Biasa lah, barang dah bagi free, postage kena la bare sendiri kan. Tapi memang tak mengecewakan.

I pilih yang paling simple. Tapi memang sangat cute.

I order, tapi address tu I letak nama my husband. Dia pun terkejut sangat dapat call dari Skynet. At first baru nak buat surprise, sekali dia pulak tanya I. Dia kata takde order apa apa barang. I kata ambil jela. Yang tak tahannya, dia boleh pulak tunggu I balik kerja baru nak buka packaging tu. Haha!

By the way, I memang sangat suggest korang beli dekat Printcious ni kalau agak agak ada yang nak buat surprise untuk birthday ke, anniversary ke, or saja saja nak bagi, or nak bagi rewards kat diri sendiri pun boleh. Diorang bukan jual mug je tau. Ada T-Shirts, Mugs, Cushions, Phone Cases, Ceramic Tiles, Puzzles, Mouse Pads, Mini Tees, Rompers dan bermacam macam lagi lah. Harga dia pun sangat berbaloi. Korang masukkan je USE CODE yang diorang akan bagi, then korang boleh enjoy discount! Kadang kadang sampai 58% off tau takk! Tapi ikut promo lah. Kalau time takde promo tu jangan la lowat kata I tipu pulak kan. Hihi.

Oke. Selamat bershopping dan selamat berpuasa korang! ^_^

Photobucket

KR Wedding and Event Planner | One Stop Center for all events

$
0
0
Salam.

Hai semua! Untuk entry kali ini, I nak introduce dekat korang semua satu company yang boleh arrange apa jua events yang korang nak buat. Yang paling mudah and major event, tak lain tak bukan event Wedding and Engagement la. Company ni dah lebih setahun bertapak dalam bidang event planner. Dengan tagline "Jimat Tampak Mewah", company ni memang sangat disenangi customers mereka. Company yang I maksudkan ialah KR Wedding and Event Planner. Mereke bertapak di Bangi, Selangor dan mempunyai sebuah lagi cawangan di Batu Pahat, Johor. So, mereka cover semua area di Selangor/Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Wow! Trust me, mereka memang pakar dalam merealisasikan semua event! Deco diorang, service, semua superb!

Ini antara pakej pakej yang mereka tawarkan untuk korang yang nak melangsungkan hari bahagia. Mereka highlight kepada wedding pakej sebab most of their customers is come from wedding planner.

 Katering & Kanopi  Dekorasi Pelamin & Bilik Pengantin Solekan & Andaman (MUA) Busana Pengantin Kad Kahwin Jurugambar / Juruvideo Henna Art Door Gift DJ Majlis / Kompang / Silat Dan lain lain kelengkapan hari bahagia anda!

Hubungi Cik Aisyah di 0176457094 untuk menempah slot anda!

Lambang kemegahan KR Wedding and Event Planner!














Tentunya sebagai raja dan ratu sehari, korang terlalu penat untuk memikirkan segala persiapan untuk your dreams big day kan? Now, dah tak payah susah susah perah idea dan penatkan badan untuk set up semua kelengkapan wedding korang. Hire wedding planner! Nampak macam mahal nya nak hire wedding planner ni kan? Tapi sebenarnya, bila semua benda korang DIY, bajet korang more expensive daripada korang hire wedding planner. Trust me! I dah lalui zaman jadi "Bride To Be" ni and penatnya nak DIY semua benda. 

Untuk sebarang pertanyaan tentang events planner, korang boleh berhubung terus dengan Ms. Aisyah di talian 017-645 7094. Kalau agak agak taknak call, korang SMS or Whatsapp je. InsyaAllah pertanyaan korang akan segera terjawab. Korang boleh tengok tengok pakej dan gambar gambar events yang mereka dah jayakan di Fanpage Facebook mereka, KR Wedding and Event Planner. Alang alang singgah, LIKE la sekali ye. 

Psst! Dengar cerita, diorang ni rajin buat contest! Hadiah dia gempak gempak pulak tu! Yang latest ni, diorang buat Contest Raya sampai 3rd July 2016 ni. Just LIKE, COMMENT and SHARE je. Sempat lagi nak join ni! Jom serbu page diorang untuk maklumat lanjut!

Selamat menjamu mata! ^,^"
Photobucket

Hari Raya Aidilfitri 2016 (Rumah Mertua)

$
0
0
Salam.

Hai korang. Dah lebih seminggu Ramadhan meninggalkan kita semua. Harapnya, masih ada peluang untuk bertemu kembali Ramadhan tahun hadapan. Untuk Syawal tahun ini, I beraya buat pertama kali nya di rumah mertua, bersama husband tercinta. Wah. Alhamdulillah. Doa I selama ni dimakbulkan. Memang Allah tak bagi rezeki berkeluarga tu direct kat kita bila kita mintak. Bila kita keep doa, InsyaAllah Allah akan tunaikan pada waktu yang tepat.

Pagi raya tu, bangun, terus mandi sunat Aidilfitri. Kejutkan husband, dia pun siap siap mandi dan pergi masjid untuk solat sunat Aidilfitri. First experience uolls. Nervous jugak sebab tak pernah beraya dengan family orang lain.

Bila dah selesai solat sunat Aidilfitri tu, kami makan ramai ramai. Sedap nya terasa rasa lagi ketupat daun nipah. First time tengok mak mertua ngan akak ipar anyam ketupat guna daun nipah. I nak anyam memang tak jadi punya. Tangan takde seni. Ketupat tu makan dengan rendang itik. Adik ipar I bela itik, pastu sembelih. Memang sedap. Rasanya sama je macam ayam. Tapi I still tak pandai nak siang ke, nak masak jauh sekali. Hihi.

 Ni lah ketupat daun nipah. Sama je dengan daun kelapa. Tapi lagi wangi.

Gambar pagi raya kami. Ini je gambar berdua yang cun dan tak diganggu oleh orang lain.

Tengok, baru nak bergambar berdua. Dah datang mamat ni.

Siap nak gambar banyak banyak plak tu. Alahai, Faris. Makin besar, makin banyak keletah.

Asal orang nak amek gambar je, dia mesti ada. 

Family Kak Long

Family Imah

Candid je.

Strong Women!

Adik beradik husband.

Family Joe and Ani.

Nak cerita perjalanan kisah pagi raya ni memang takkan habis. Tapi alhamdulillah, I dikurniakan family mertua yang baik dan super sporting. Maybe tak mewah dan berharta macam family orang lain, tapi syukur sangat sebab nikmat kebahagiaan itu ada walaupun kami masih belum dikurniakan zuriat. Takpe. Lek lek dulu. Tak sampai setahun lagi kan kita kawen. Mana tahu, tahun depan? Punya depan? Punya depan? Who knows?

Wallahua'alam. :)

Photobucket

Hari Raya Aidilfitri 2016 (Rumah My Family)

$
0
0
Salam.

#Perhatian! Entri kali ni memang sangat banyak gambar. Jangan sampai muntah ye tengok gambar hari raya iolls! Enjoy!

Oke. Meh kita sambung cerita raya. Pagi pagi raya kedua tu, I bangun awal sebab nak gerak terus balik kampung my family. Punya la excited, malam tadi dah packing baju semua. So lepas subuh terus siap siap pakai baju raya "Royal Blue" sebab kitorang dah janji pakai baju warna sedondon untuk raya kedua. Nak pergi beraya kan. Pukul 7.20 pagi kitorang gerak balik Batu Pahat.

Tengok muka terlajak excited tu. Abaikan lah my happy tummy tu yek. 

Bila sampai je rumah family tercinta, sessi bersalam salaman, bermaaf maafan pun terus dilangsungkan sebab kami kan dah lambat. Raya kedua baru balik. Orang lain dan maaf maafan raya pertama. Hee. Lepas tu, apa lagi. Amek gambar secara infinity. Al maklumlah, dah tak pakai kodak. Selagi battery tu ada, gambar selfie ke, gambar wefie ke, gambar posing syok sendiri ke semua kitorang amek. Layannn!

Husband dengan my uncle, Cik Apa.

Dengan dua orang adik yang terjal.

Girls. Sorang dah kahwin. Sorang lagi belum. 

Gambar depan rumah bersama jejaka jejaka ganteng!

Husband dengan mama!

Mama dan Ayah! :)

Gambar ni kasi besauuu sikett. Hubby and Wifey.

Gambar family yang paling aku tak boleh move on!

Lepas dah bergambar semua bagai, kami gerak ke Kluang. Rumah moyang yang paling tua. Tapi malangnya, takde orang kat rumah. Kami hanya mampu wefie depan rumah beliau. Kira proof yang kitorang dah sampai rumah beliau. HAHA!

Tak dapat wefie dalam rumah, depan rumah pun layannn!

Lepas Kluang, kitorang move ke Ayer Hitam. Beraya rumah nenek saudara. Memang syok berkumpul beraya konvoi ni. Memang sangat meriah.

Tak semua ada dalam gambar ni. Ada yang dekat dapur tengah mencekik. Haha.

Gambar berdua itu lebih baik.

Mama dengan Nenek Saudara.

Yang ni kat luar rumah. Yang ni pun tak semua ada. Sebab ada yang kat dalam rumah tengah salam salam.

Lepas Ayer Hitam, kami terus ke Parit Rejo Sari, Parit Raja. Seterusnya ke Senggarang. Memang setiap kali konvoi kitorang akan singgah rumah rumah ni. 
Saje jek selfie. Sekali termasuk pulak gambar husband kite! :P

Memang dalam kamera I tu banyak muka mamat ni selfie syok sendiri. Pastu I delete. Yang simpan 1 buat kenangan. HAHA!

Mamat ni pun lebih kurang macam perangai abang dia. 

Wefie depan setiap rumah yang di kunjungi adalah wajib. 

Setiap rumah yang kitorang ziarah, mesti disudahi dengan Selawat Nabi. Baru lah berkat hari raya kami!

Dah besau besau adik adik sedara aku. HAHA!

Gambar ni sepatutnya kena reject. Tapi adik I sayang. Suruh upload gak. Grr.

Mama dengan tuan rumah.

Yang ni wefie lain pulak. Setiap satu rumah wefie yang berbeza beza.

Yang ni rumah yang sama. Cuma ada pertambahan budak budak yang depan tu.

Ni dekat rumah Pak Uda. Yang lain lain dah balik. Kitorang sambung beraya kat rumah saudara belah ayah pulak.

Rumah Pak Uda.

Yang ni rumah arwah mak tok kami. Sekarang Mak Ngah yang stay sini.

Yang ni dekat je dengan rumah arwah maktok tadi. Ni rumah nenek saudara.

Belanja la sket gambar tukang pegang kamera. Kalau korang perasan, semua gambar wefie kan dia yang pegang monopod. Sebab tangan dia panjang. HAHA!


Masa dekat rumah arwah Mak Tok, sempat la kitorang amek gambar kenang kenangan. Memang terbaik gambar tu. Tapi gelap sikit. Tapi memang happening lah. Raya kali ni extra-ordinary sebab Mama dengan Ayah dapat dua orang menantu baru dan kami sekeluarga terima dengan hati terbuka orang orang baru dalam keluarga kami. Semoga tahun tahun akan datang, kitorang dapat beraya happening macam tahun ni lagi. Memang penat, tapi sangat meriah.

Sekian kisah hari raya I untuk tahun ini. Kalau nak cerita yang lain lain tu, banyak sebenarnya. Tapi larat dengan tidak jela tangan I ni nak menaip. Sampai sini dulu deh. Ada masa kang I story mory lagik. 

Wallahua'alam. :)

Photobucket

Throwback | Kisah perkenalan aku dan dia - Merisik

$
0
0
Salam.

Boleh tak tiba tiba rasa macam nak buat entry throwback? Haha! Actually tadi kemas kemas sikit blog ni. Buang and tambah apa yang patut. Tiba tiba rasa macam sikit nya entry cerita pasal relationship I dengan husband. Boleh tak tetiba baru sedar. HAHA! 

Memang since I dah putus cinta, putus tunang dengan yang lepas lepas kan, I rasa macam dah give up. Nak story pasal cintan cintun ni dah takde mood. Lagipun I dengan husband pun mana ada bercinta sangat sebelum kahwin dulu. Perkenalan kami sangat simple. Ringkas tapi bermakna.

Oke, I cerita sikit ye. Sikittttt jek. Hihi.

Masa bulan September 2014, sejarah hitam dalam hidup I telah terjadi. Actually malas nak bring up balik kisah tu. Tapi saja nak taip mana la tahu esok lusa I hilang ingatan. Huhu. Masa tu I rasa hidup I dah tak bermakna lagi. Mana tak nya, kau dah sacrifice macam macam, boleh pulak mamat tu pergi kahwin dengan orang lain? Janda pulak tu. Mana pergi maruah I sebagai seorang anak dara time tu? Malu woi. Semua orang dah tau kau nak kahwin, pastu tiba tiba tak jadi. Time tu I banyak mendiamkan diri. Sakit nya hanya Allah je yang tahu. 

Setiap hari I tidur lambat. Kadang kadang pukul 2-3 pagi baru boleh lelap. Itu pun lepas nangis nangis. Sembab sembab mata pergi kerja. Memang sangat mencabar. Bila ramai dah tau yang I dah single, ramai pulak yang tegur tegur kat FB. Terlalu ramai. Budak budak lelaki yang dah memang friends pun contact balik. Ex ex lama yang dulu dah menghilang semua muncul. Tapi I malas nak layan.

Sampai satu malam tu, ada la seorang mamat ni tegur I dekat FB. Dia PM. Selalu nya I tak layan orang yang PM dekat FB ni. Entah kenapa agaknya Allah gerakkan hati aku untuk reply mesej tu.

Nampak tak siapa ngorat siapa? Hihi.

Tarikh tu I ingat sampai sekarang. 9th October 2014, pukul 01.23 pagi. Cantik kan aturan Allah? Sejak dari tu kitorang kenal kenal. Kawan macam biasa dalam 2 bulan lebih macam tu je. Lepas tu dia kata family dia nak datang rumah jumpa family I. Sepatutnya family dia nak datang rumah 1st January 2015. Tapi since adik I bertunang time tu, diorang taknak ganggu majlis. Diorang tunda 3rd January 2015 (Sabtu).

Maka tersarunglah cincin merisik. :)


Dah sarung cincin kena salam cium tangan bakal mak mertua.

Dengan bakal mak mertua. Tapi sekarang dah jadi mak mertua terbaikkkk!

Dengan bakal abah mertua. Dia abah mertua terbaikkkk jugak!

Perbincangan lelaki.

Wakil perempuan.

Bila tengok gambar lama lama ni, terkenang pulak macam mana I went thru all that difficulties masa dalam tempoh lepas merisik sampai ke majlis pernikahan tu. Cantik aturan Allah.

♥ First Sight : 9th October 2014
♥ Merisik : 3rd January 2015
♥ Bertunang : 31st January 2015
♥ Nikah : 25th September 2015
♥ Majlis Sanding : 26th September 2015
♥ Majlis Bertandang : 3rd October 2015

Cepat masa berlalu. Harap nya perkahwinan ini kekal bahagia sampai ke Syurga Allah. InsyaAllah. 💋
Photobucket

Contest Doodle family raya by merahitujambu

$
0
0
Salam.

Klik Banner untuk join!

Hai korang! Dah lama rasa nya I tak join contest kan? Rasa gatal pulak tangan ni nak join contest. Contest kali ni mudah je. Dianjurkan oleh blog Merah Itu Jambu. I follow blog dia ni since dia belum kahwin lagi. Sekarang ni dia dah ada anak sorang dan nak masuk dua orang dah. Blog dia comel. Sebab tu I suka tengok. Dia punya doodle memang sangat comel dan kreatif. 


Syarat-Syarat Contest
  • Letak tajuk Contest Doodle family raya by merahitujambu
  • Letak gambar Raya anda Maximum 3 orang ahli sahaja
  • contoh 3 orang ahli merahitujambu :- mama,baba dan husnaa
  • 1 gambar yang menarik akan di pilih dan di doodlekan oleh merahitujambu
  • letakkan link anda di komen ini.
  • contest tamat bila tamatnya Raya 2016

Mudah sahaja syarat syarat nya. Tampalkan gambar raya korang yang cun melecun tu kat entry. Maximum 3 orang ahli family. Ini gambar raya I. Hihi. Suwit tak? :P


Gambar ni je yang I rasa perfect. Harap harap boleh menang!

Korang yang lain, jom la join ramai ramai! Tak nak ke doodle comel? Kalau I, memang nak la kan! Sebab I suka benda comel comel ni. :)
Photobucket
Viewing all 142 articles
Browse latest View live